-->

Kantoi curang isteri tarik rambut penyondol sebelum diseret hampir 20 meter

Seorang wanita yang sedang membeli belah bersama dua anaknya terkejut apabila ternampak kereta suaminya yang sedang berdua-duaan dengan perempuan simpanan.

Dalam kejadian yang berlaku di Xuejiagou, wilayah Hebei, China itu bermula apabila si isteri ternampak kereta suaminya diletakkan di tepi jalan. Setelah diamati, rupa-rupanya lelaki itu keluar bersama dengan perempuan simpanan.

Berang dengan apa yang dilihat, wanita berkenaan terus menghampiri kereta suaminya dan menarik rambut perempuan itu untuk keluar daripada kereta.

Namun, usahakan tidak berjaya dan suaminya pula bertindak memecutkan kenderaan yang menyebabkan mangsa terseret hampir 20 meter.

Walaupun diperlaku sedemikian rupa, si isteri tetap enggan melepaskan rambut penyondol terbabit. Malahan, dia menjerit meminta tolong yang mengundang kehadiran orang awam membantu meleraikan mereka.

Ekoran daripada kejadian itu yang mendapat banyak perhatian ramai, lelaki berkenaan bersetuju untuk menyerahkan harta dan asetnya seperti kereta, rumah dan hak penjagaan dua anak mereka.

Bapa kepada dua anak itu juga telah ditahan polis untuk siasatan atas pertuduhan memandu secara berbahaya.

Selepas video itu tular, ramai netizen bersimpati dengan nasib si isteri. Manakala ada juga yang mengkritik lelaki itu cuba mengheret isterinya, seakan-akan berniat mahu membunuh isterinya sendiri.

Sumber: Thaiger

The post Kantoi curang, isteri tarik rambut penyondol sebelum diseret hampir 20 meter appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar