-->

Kami dah berpisah dengan talak satu Syamsul ceraikan Puteri Sarah Liyana

Pengarah filem, Syamsyul Yusof dilaporkan telah melafazkan cerai talak satu terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Dengan lafaz yang amat dinanti-nantikan oleh Puteri Sarah itu, maka berakhirlah kemelut rumah tangga pasangan itu.

“Alhamdulillah hari ini semuanya sudah selesai, perceraian hari ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang sebelum ini demi masa depan dan kebahagiaan anak-anak saya. Semua tentang perbelanjaan anak-anak, ditanggung oleh saya.

“Kami berpisah dengan talak satu. Jadi, hubungan kami selepas ini sebagai kawan,” kata Syamsul yang kemudian mahu beredar segera untuk ke bengkel bagi menguruskan keretanya yang rosak (berasap), mengundang gelak ketawa wartawan.

Hak penjagaan anak diberi kepada Puteri Sarah sepenuhnya

Sementara itu, Puteri Sarah juga memanjatkan rasa bersyukur masalah rumah tangganya juga telah selesai. Dia dan Syamsul juga telah berjumpa untuk berbincang dengan lebih mendalam tanpa melibatkan media sosial. Hanya di antara mereka berdua serta peguam masing-masing.

Begitu juga dengan Syamsul yang bersyukur segalanya berakhir dengan baik dan berharap masing-masing boleh meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak menyimpan sebarang dendam.

Hak penjagaan anak-anak pula diberikan sepenuhnya kepada Puteri Sarah dan Syamsul boleh melawat anak-anaknya bila-bila masa sahaja.

“Harapan saya selepas ini tiada timbul sebarang persengketaan lagi. Kita berbaik seperti biasalah,” kata Puteri Sarah yang kita membawa status sebagai ibu tunggal.

Menurut laporan Sinar Harian, pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Rumah tangga mereka mula bergolak sejak empat tahun lalu. Namun, Syamsul tidak pernah mendedahkan sebarang butiran mengenai rumah tangganya.

Sehinggalah pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan dia telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand. Hal itu membuatkan Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu.

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Kami dah berpisah dengan talak satu’ – Syamsul ceraikan Puteri Sarah Liyana appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar