-->

Bebaskan Najib RM42 juta itu kecil Zaid Ibrahim gesa Anwar bebaskan Najib untuk menang PRN

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membebaskan Najib Razak dengan alasan Kerajaan Madani perlu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Zaid, Najib yang disabitkan bersalah atas kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta hanyalah perkara kecil berbanding kes lain yang angkanya jauh lebih besar.

“Ke hadapan perdana menteri, anda perlu ubah fikiran tentang Najib – demi rakyat. Biarkan dia bebas.

UMNO/BN masih lemah, tak mampu menang PRN

“Dalam PRN akan datang ini, Madani perlu menang. Anda perlu menjadi perdana menteri untuk beberapa tahun lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Zaid berkata demikian kerana berpendapat parti UMNO yang ada pada hari ini masih lemah dan tidak mampu menang dalam pilihan raya. Untuk itu, Anwar katanya perlu membebaskan Najib yang diyakini boleh memberi kemenangan kepada kerajaan dalam PRN di enam negeri tidak lama lagi.

“Sudah tentu dia sudah didapati bersalah. Tetapi dalam scheme of things, RM42 juta adalah small change.

“Lagipun, mulai sekarang, rasuah adalah perkara yang sudah berlalu di bawah kepimpinan anda yang tegas dan bersih. Tiada siapa boleh kata anda berlembut dengna rasuah jika mengampuni Najib,” katanya.

Rakyat tak setuju

Bagaimanapun, netizen tidak bersetuju dengan gesaan Zaid yang dianggap tidak masuk akal.

“Apa benda ni? Kau nak ketua penyamun kleptoktrat dibebaskan agar boleh menang pilihan raya. Dia samun dan sakau berbilion. Biarlah dia jalani hukumannya di penjara,” kata Norhisham.

“Aku sokong Najib merupakan kekuatan UMNO BN. Tapi aku tak sokong RM42 juta itu dianggap amaun yang kecil. RM1 pun tetap curi. Rakyat curi 1 tin sardin kecil pun dipenjara,” kata Suara Rakyat.

Sumber: Twitter Zaid Ibrahim, MalaysiaKini

The post ‘Bebaskan Najib, RM42 juta itu kecil’ – Zaid Ibrahim gesa Anwar bebaskan Najib untuk menang PRN appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar