-->

Saya tak tahu dia mengandung! Video remaja buang bayi baru lahir dalam tandas hospital tular di media sosial

Seorang bayi baru lahir ditemui tidak bernyawa di dalam tong sampah yang diletakkan dalam tandas di Hospital Umum Artesia, Mexico. Mayat bayi berkenaan ditemui oleh pekerja pembersihan yang kemudian memaklumkan kepada kakitangan hospital.

Pemeriksaan pada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) mengesyaki bayi itu adalah anak kepada salah seorang remaja perempuan yang datang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Difahamkan, Alexee Trevizo, 19, bersama ibunya, Rosa Trevizo, datang ke Hospital Artesia pada awal pagi 27 Januari 2023, mengadu sakit bawah pinggang.

Kira-kira jam 1.40 pagi, Alexee memberitahu kakitangan perubatn yang dia perlu menggunakan bilik air. Selepas beberapa minit kemudian, Rosa datang untuk memeriksa keadaan anaknya.

Alexee ‘berkurung’ dalam tandas, undang rasa curiga jururawat

15 minit kemudian, jururawat yang bertugas juga datang untuk memeriksa keadaannya. Tetapi Alexee Trevizo memberitahu keadaannya baik sahaja. Namun, jururawat berkenaan berasa curiga selepas mendengar bunyi bising yang datang dari dalam tandas itu.

Dispenser tisu berulang kali ditarik, tandas dipam beberapa kali dan air di sinki berterusan mengalir. Kesemua bunyi tersebut menimbulkan rasa curiga.

https://ift.tt/VXW8iH7

Selepas 20 minit kemudian, Alexee masih belum keluar daripada tandas. Hal itu mengundang rasa bimbang kakitangan perubatan dan mengambil keputusan untuk membuka pintu secara paksa. Belum sempat berbuat demikian, Alexee tiba-tiba membuka pintu dan berjalan keluar seperti biasa.

Tiada yang mengetahui apa yang dilakukannya di dalam tandas. Tetapi terdapat banyak kesan-kesan darah di dalamnya. Termasuk kesan darah mengalir dari kaki Alexee. Remaja itu terus segera diberikan rawatan.

Mayat mangsa ditemui pekerja pembersihan

Dalam masa sama, pekerja pembersihan datang membersihkan tandas itu dan hairan apabila mendapati tong sampah terasa berat daripada kebiasaan. Setelah diselongkar, alangkah terkejutnya apabila dia menemui mayat bayi baru lahir, lalu segera memaklumkan kepada kakitangan hospital.

Ekoran penemuan mayat mangsa, pihak hospital telah menghubungi polis. Polis tiba di lokasi dan mula melakukan siasatan. Alexee kemudian mengaku membuang bayinya yang dikatakan sudah tidak bernyawa. Hal itu membuatkan ibunya terkejut dan tidak mengetahui bahawa anak perempuannya mengandung.

Doktor cuba menenangkan dua beranak itu dan menasihatkan Alexee menjalani rawatan segera sebelum memberi kerjasama kepada pihak polis. Doktor yang sama menjelaskan, tindakan Alexee itu jelas salah kerana cuba menyembunyikan kelahiran bayinya.

Kit kehamilan sahkan Alexee hamil

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, doktor ada ditanya sama ada dirinya hamil atau tidak. Dua beranak itu menafikan perkara itu. Rosa yakin anaknya hanya mengalami masalah kitaran haid sahaja. Untuk kepastian yang lebih mendalam, doktor meminta Alexee menjalani ujian kehamilan. Keputusannya, Alexee disahkan hamil.

Rosa yang telah diasingkan daripada anaknya selepas penemuan mayat mangsa berkata, dia tidak tahu Alexee mengandung. Sedangkan beberapa bukti dalam bentuk gambar dan video jelas menunjukkan perubahan yang amat ketara pada perut Alexee.

@ang_skellington87

Alexee Treviso cheer picture before and videos of her cheering, visibly pregnant after. It has come out that former classmates and teachers knew of her pregnancy while she attended school last year. This sad story just keeps unraveling. #JusticeForBaby #AlexeeTrevisoCase #AlexeeTreviso #Fyp #ViralTikTok

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Alexee ditahan di kediamannya dan didakwa atas pertuduhan membunuh tahap pertama. Alexee kemudian dibebaskan dengan bon jaminan $100,000. Dia juga diperintah memakai gelang pengawasan di kaki bagi menjalani perintah berkurung di rumah.

Walaupun begitu, Alexee dibenarkan untuk hadir ke sekolah dan sesi kaunseling yang telah ditetapkan.

Mahkamah menetapkan tarikh 11 September untuk pra-perbicaraan dan 2 Oktober perbicaraan juri dalam kes pembunuhan. – Agensi

The post ‘Saya tak tahu dia mengandung!’ – Video remaja buang bayi baru lahir dalam tandas hospital tular di media sosial appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar