-->

Rider Ducati maut tercampak dari ramp Lebuhraya SUKE angkara rider lain menunggang melawan arus

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi (Ducati) dilaporkan maut akibat tercampak dari ‘ramp’ susur keluar Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang (SUKE) menghala ke MRR2, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang menunggang melawan arus menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas sebelum melayang dan terjatuh dari ketinggian kira-kira enam tingkat.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kakinya terputus kerana tersangkut pada kawat berduri bangunan kecil berhampiran.

Video kejadian yang diperoleh daripada kamera pengawasan lebuhraya juga tular di media sosial. Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan sebuah motosikal ditunggang secara melawan arus.

Penunggangnya dilihat mengangkat tangan kiri, dipercayai tidak berpuas hati ditegur oleh mangsa yang tidak menyedari kehadirannya.

Mangsa sempat mengelak tetapi motosikalnya hilang kawalan lalu merempuh dinding jalan sebelum tercampak ke bawah.

Di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan menangkap lelaki yang menjadi punca kemalangan maut tersebut.

“Kepada lelaki yang menunggang melawan arus itu, aku harap kau masuk penjara seumur hiudp. Habis nyawa rider Ducati seorang melayang kat ramp SUKE sebab kebodohan kau. Takziah kepada ahli keluarga mangsa,” kata pempengaruh Hezeri Samsuri.

“Salam takziah kepada keluarga mangsa. Harap sampah yang bawa motosikal melawan arus tu langgar belakang lori sampah dan dicompact terus dalam compacter, never to be seen again,” kata Fidelis.

Sumber: Twitter

The post Rider Ducati maut tercampak dari ramp Lebuhraya SUKE angkara rider lain menunggang melawan arus appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar