-->

Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya?? Gadis berpakaian seksi buat cat walk di Kota Bharu undang kemarahan ramai

Tular di media sosial video menunjukkan seorang wanita muda berpakaian seksi berjalan di Kota Bharu pada malam hari mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video berdurasi 28 saat itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mohd Fadzli pada 6 Jun lalu yang menunjukkan wanita berkenaan tidak memakai tudung, berambut perang dan menunjukkan kemahirannya melakukan Cat Walk di beberapa lokasi berbeza.

Sejak dimuat naik, video itu telah menerima banyak tanda suka, jumlah komen dan tontonan yang tinggi. Ada netizen yang percaya, wanita itu merakam video adegan seksi tersebut pada lewat malam.

“Dia ingat ini Kuala Lumpur ke?” soal @Asyhraf Roslan.

“Tengok dari segi stail pemakaian dia, dia mungkin bukan berasal dari Kelantan dan video itu mungkin dirakam pada awal pagi. Dia nampaknya berniat nak memburukkan imej negeri Islam ini. Semoga bertaubat segera dan bertudung,” kata Adnan Mohamad Abdullah.

“Adalah bodoh jika seseorang itu berpakaian provokatif di Kelantan,” kata Muhamad Faisal Rahidi.

“Dari mana datangnya dia ni? Dia akan merosakkan imej Kelantan,” kata Zulhafizhakimie Marzuki.

Sumber: New Straits Times

The post ‘Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya??’ – Gadis berpakaian seksi buat cat walk di Kota Bharu undang kemarahan ramai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar