-->

Polis tahan 2 lelaki Singapura kencing merata di sekitar Bangungan Sultan Iskandar

Tindakan dua lelaki warga Singapura kencing merata-rata secara terbuka di tempat awam yang berdekatan Bangunan Sultan Iskandar, menyebabkan mereka ditahan oleh polis bantuan, Selasa lalu.

Dalam kejadian berasingan yang berlaku pada jam 12.12 pagi dan 3.56 pagi, kedua-dua lelaki berusia 48 dan 68 tahun itu ditahan.

Keputusan ujian saringan air kencing menunjukkan dua lelaki berkenaan negatif dadah. Namun, mereka tetap ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan menghina dan boleh dikenakan denda RM100.

Salah seorang daripadanya turut disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 kerana menetap di Malaysia tanpa pas yang sah.

Bangunan Sultan Iskandar menempatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes yang membabitkan warga Singapura yang ditangkap kerana membuang air kecil di tempat awam.

Kejadian itu berterusan berlaku walaupun tandas dan papan tanda yang disediakan di bangunan CIQ adalah mencukupi.

Kes pertama membabitkan seorang wanita yang mencangkung di antara dua kaunter Imigresen yang sedang dalam pembinaan. Manakala seorang lagi warga emas Singapura berusia 68 tahun ditahan kerana kencing di tempat mengambil wuduk, kira-kira lima meter dari surau.

Sumber: New Straits Times

The post Polis tahan 2 lelaki Singapura kencing merata di sekitar Bangungan Sultan Iskandar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar