-->

Rider part time tak payahlah tamak korang dah ada gaji tetap Rider Grab sepenuh masa dakwa periuk nasi diganggu rider part time

Semasa negara dilanda pandemik Covid-19, ramai rakyat yang terjejas dan hilang pekerjaan. Kini keadaan telah kembali pulih dan sektor ekonomi juga semakin rancak berkembang.

Bagi menampung segala kerugian masa lalu, ada yang berusaha meningkatkan pendapatan dengan membuat dua kerja. Antara yang menjadi pilihan ramai adalah bekerja sebagai penghantar makanan separuh masa (part time).

Namun begitu, ada individu yang tidak berpuas hati dan meminta golongan rider part time ini berundur dan memberi ruang kepada rider full time untuk mencari pendapatan. Ini kerana, lambakan rider part time telah mengganggu periuk nasi mereka.

‘Kenapa perlu tamak?’

“Kepada rider part time, korang dah ada kerja tetap, gaji tetap setiap bulan. Ada polis, tentera dan swasta, tak payah tamak.

“Bagilah rezeki Grab ini kat rider cari makan sepenuh masa, yang tak ada kerja tetap mungkin disebabkan faktor usia, kesihatan atau anak-anak yang belum ada kerja tetap.

“Kenapa perlu tamak? Sedangkan rezeki korang dah ada tetap setiap bulan. Korang nak pakai kereta Honda ke yang pulun sakan siang kerja tetap, malam buat Grab pula,” katanya rider berkenaan

Mengetahui kenyataannya itu akan dibidas oleh netizen, pengadu menjelaskan bahawa perkara yang dibangkitkannya itu bukan bermaksud dia tidak percaya pada rezeki setiap insan.

“Ini bukan tak percaya pada rezeki Tuhan. Tapi kalau order sejam 100, tapi rider + full time + part time ada RM200. Kau rasa?

“Tak perlulah tamak, balik kerja duduk santai-santai di rumah main dengan bini,” katanya.

‘Tengok ayat dah tau mentaliti dia macam mana’

Bagaimanapun, tegurannya itu dibidas netizen kerana takut pada persaingan yang sihat.

“Dia ingat kerja kerajaan itu semua gaji besar bapak agaknya. Tengok yang gaji besar ye lah sedap. Ingat gomen takde gaji kecik ke? Ada je dan ramai. Tetapi dari mengeluh baik buat part time,” komen Riceater.

“Balik kerja main dengan bini – Heh! Tengok ayat ini pun dah tahu mentaliti dia macam mana. Kalau gaji tetap dia cukup nak tampung komitmen dengan selesa, buat apa dia nak penat-penat buat Grab?” kata NotYourBaby.

“Dia lupa, yang kerja tetap tu kadang-kadang baru dua hari gaji dah licin sebab bayar hutang dan komitmen. Sebab tu kena buat part time. Walaupun dia cuba nafikan ‘bukan tak percaya rezeki’ tapi dari cara dia ni dah menafikan orang lain nak mencari rezeki juga,” kata Noname.

Sumber: Twitter

The post ‘Rider part time tak payahlah tamak, korang dah ada gaji tetap’ – Rider Grab sepenuh masa dakwa periuk nasi diganggu rider part time appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar