-->

Driver Alphard potong barisan di Woodlands Checkpoint diharamkan masuk ke Singapura

11 Jun lalu tular di media sosial video menunjukkan sebuah Toyota Alphard dengan nombor pendaftaran Malaysia memotong barisan ketika melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura, semasa dalam perjalanan kembali ke Malaysia.

Pemandu Alphard itu bukan sahaja menyalahgunakan laluan khas yang disediakan khas untuk bas dan lori untuk mengelak kesesakan.

Lebih teruk lagi. dia turut tidak mengendahkan arahan anggota polis bantuan yang meminta dia berpatah balik. Sebaliknya dia memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut laporan The Straits Times, warga Malaysia yang memandu Alphard berkenaan telah pun diharamkan daripada memasuki Singapura hanya kerana disebabkan tindakannya itu..

“Pemandu berkenaan gagal mematuhi arahan pegawai dan terus memandu ke hadapan secara berbahaya.

“Pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) ingin menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan pemandu yang ingkar dan sengaja menimbulkan bahaya keselamatan kepada pegawai serta orang awam yang berurusan di di pusat pemeriksaan, meletakkan mereka berada dalam risiko,” kata jurucakap ICA.

Sumber: World of Buzz, Facebook

The post Driver Alphard potong barisan di Woodlands Checkpoint, diharamkan masuk ke Singapura appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar