Kisah sedih, gembira atau percintaan bukan sahaja boleh dimuatkan dalam novel, drama atau filem, tetapi boleh diterjemahkan kepada gubahan sebuah lagu.
Jika dulu, lagu-lagu yang dimainkan mempunyai nilai sentimental buat pendengar sehingga menusuk kalbu.

Saari Amri antara penulis lirik dan juga komposer yang sering dinantikan lagu ciptaannya kerana dikatakan banyak menceritakan kisah perjalanan hidupnya.
Lagu Sembilu nyanyian Ella ditulis dari kisah beliau sendiri. Dikatakan ketika menantikan majlis pertunangannya yang bakal berlangsung seminggu sahaja lagi, dia melihat di depan matanya sendiri tunangannya keluar dengan lelaki lain.
Dengan perasaan yang sedih, dia memetik gitar sehingga lah terciptanya lagu ini.
Dikatakan juga, filem Sembilu merupakan inspirasi dari lagu ini, tetapi tidak memuatkan lagu nyanyian Ella dalam filem tersebut.
Menerusi perkongsian di TikTok Eddy Rusdi,lagu ini bukan sahaja terkenal di Malaysia dan Indonesia, malahan menjadi carta juara di Singapura dan Brunei.
Difahamkan, lagu ini juga yang telah mengangkat nama Ella kembali melalui jualan tertinggi album.
Sumber: TikTok Eddy Rusdi
The post Sembilu nyanyian Ella luahan kisah sedih Saari Amri, netizen kata lagu dulu-dulu best, banyak maksud tersirat appeared first on The Reporter.