-->

Anak saudara tepis dakwaan kononnya pengasuh jadi punca kematian bayi berusia 4 bulan

Semalam tular di media sosial mengenai kes kematian seorang bayi yang dikaitkan berpunca dari pengasuh. Bayi berusia empat bulan itu dikatakan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Terengganu.

Namun begitu, anak saudara kepada pengasuh berkenaan tampil menafikan dakwaan yang telah dibuat ke atas ibu saudaranya.

“Saya mewakili ibu saudara saya (pengasuh) yang diviralkan semalam atas kes baby Naufal yang berusia empat bulan tu dan baby Naufal meninggal.

“Untuk pengetahuan semua, semasa dalam tempoh jagaan ibu saudara saya, baby Naufal memang dah tak sihat dan ibunya bekalkan ubat kepada ibu saudara saya untuk bagi pada baby Naufal,” tulisnya.

Sehubungan dengan itu, dia meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

“Kami meminta untuk netizen tidak komen ataupun share bukan bukan untuk tidak ada yang salah faham dan bertujuan untuk menjaga perasaan kedua- dua belah pihak,” katanya.

Hasil bedah siasat telah dikeluarkan dan didapati punca kematian baby Naufal adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru. Jenazah baby Naufal dikebumikan di tanah perkuburan Syed Yahya.

“Kini result post mortem telah keluar dan result punca kematian baby Naufal disebabkan masalah paru-paru. Sekian, yang buruk datangnya dari keluarga kami dan yang baik-baik datangnya dari Allah SWT,” tulisnya.

Sumber: Nurul Atika Syahira

The post Anak saudara tepis dakwaan kononnya pengasuh jadi punca kematian bayi berusia 4 bulan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar