-->

Johnny Depp sahkan dirinya tidak akan lakonkan watak Captain Jack Sparrow lagi

Johnny Depp yang pernah melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean mengesahkan dirinya tidak akan bekerja dengan Disney lagi.

Laporan Daily Mail itu sekali gus menghampakan para peminat yang mahu dia kembali memegang watak yang disukai ramai itu.

Sebelum ini terdapat spekulasi yang mengatakan bintang Hollywood itu akan kembali ke francais filem tersebut yang boleh menjana pendapatan sehingga 20 juta.

Bagaimanapun, rakan rapat kepada Johnny Depp mengesahkan pelakon itu sudah selesai dengan Disney. Ini kerana Johnny masih bengang dengan tindakan studio berkenaan yang secara tidak sengaja menjatuhkan kariernya apabila bekas isterinya, Amber Heard menuduhnya melakukan penderaan.

Minggu lalu, Presiden Disney studio, Sean Bailey mencetuskan tajuk berita utama global apabila dia mengatakan bahawa isu membawa Johnny kembali bukan satu keutamaan bagi pihaknya buat masa ini.

Menurut sumber yang sama, Johnny seorang lelaki yang sensitif dan bengang dengan cara media mempermainkan dakwaan Amber Heard terhadapnya sehingga menyebabkan kariernya terjejas.

Johnny kini mahu memberi fokus kepada kehidupannya berbanding industri. Johnny katanya telah membuat keputusan, selumayan mana pun tawaran yang diberi, dia tidak akan sesekali bersetuju dengan kembali bekerjasama dengan studio filem berkenaan.

Sumber: Daily Mail

The post Johnny Depp sahkan dirinya tidak akan lakonkan watak Captain Jack Sparrow lagi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar