-->

‘Papa! Selamatkan saya!’ – Jerit mangsa sebelum maut dibaham ikan jerung

‘Papa! Tolong selamatkan saya!’ – Bapa hanya mampu merakam anaknya dibaham ikan jerung

Seorang lelaki Rusia menceritakan tentang perasaan ngerinya melihat anaknya mati dibaham jerung harimau di sebuah pusat peranginan Mesir, sambil menjerit “Papa, selamatkan saya!”.

Yury Popov hanya mampu melihat kejadian itu dari pantai ketika haiwan pemangsa itu membaham anaknya, Vladimir, 23, sebelum diheret di dasar laut di pusat peranginan Hurghada.

Difahamkan, ramai pelancong lain yang sedang bermandi-manda di laut bergegas kembali ke pantai dan menjerit kepada Vladimir untuk berenang menjauhi jerung itu sebelum dibaham sehingga mati.

Jerung harimau itu kemudian ditangkap dan diheret ke darat sebelum dibunuh.

Kejadian berlaku dalam 20 saat

“Kami pergi ke pantai untuk berehat,” kata Popov yang berasal dari Rusia, kepada saluran media 112. “Anak saya diserang jerung, semuanya berlaku dalam beberapa saat.”

Popov menjelaskan, tiada ahli keluarganya yang berani membantu Vladimir, walaupun laporan awal mengatakan teman wanita anaknya berusia 23 tahun itu berjaya melarikan diri daripada serangan tersebut.

“Apa jenis bantuan yang awak boleh berikan? Haiwan pemangsa ini membaham anak saya dalam masa 20 saat dan dia diheret ke dasar.

“Ini tidak masuk akal kerana pantai ini selamat. Ada kapal dan kapal layar di sekeliling. Kejadian ini tidak pernah berlaku dan kebiasaannya haiwan ini menyerang mangsa di pantai liar,” katan lagi.

Jerung ditangkap, dipukul sampai mati

Vladimir tinggal bersama bapanya di Mesir sejak beberapa bulan lalu. Popov berkata, dia akan mengadakan upacara membakar mayat anaknya sebelum abunya dikembalikan ke negara asal mereka.

Sementara itu, dalam satu video menunjukkan jerung itu ditangkap dan diseret ke darat sebelum dipukul sehingga mati.

Pihak berkuasa Mesir juga mengesahkan kejadian itu dan mengambil bangkai jerung itu untuk diserahkan kepada pihak penyelidikan bagi mengetahui punca kelakuannya sama ada haiwan itu berkaitan dengan seekor jerung yang sama dalam beberapa kes yang lain.

Video yang dirakam oleh orang awam menunjukkan mangsa menjerit “Papa! Papa!” ketika haiwan pemangsa itu mengelilingnya di dalam air sebelum dibaham.

Sumber: Daily Mail

The post ‘Papa! Selamatkan saya!’ – Jerit mangsa sebelum maut dibaham ikan jerung appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar