-->

‘Saya ikut Waze tapi tak jumpa homestay’ – Kru produksi tersesat d hutan Jenjarom, alami peristiwa mistik

Seorang kru produksi mendakwa dia mengalami pengalaman yang menyeramkan semasa dalam perjalanan pulang ke homestay di Jenjarom ketika menggunakan aplikasi Waze, selepas selesai penggambaran.

Menurut Airil Hafiz, dia hanya mengikut jalan yang ditunjukkan oleh aplikasi Waze diberi oleh Production Manager, tanpa mengesyaki apa-apa.

“Saya terima job shooting di area Jenjarom dan di sana saya diberikan homestay. Dipendekkan cerita, saya baru habis shooting set yang lain dan terus pergi ke homestay Jenjarom untuk set shooting esok pagi.

“Saya bertolak dari Sungai Buloh ke Jenjarom pukul 10.30 malam dengan menggunakan Waze yang telah dikongsi oleh Production Manager kepada saya.

Handphone tak ada line

“Setelah tiba di area Jenjarom, Waze telah menunjukkan arah jalan masuk ke hutan dan ladang sawit. Saya mengikuti Waze tanpa fikir apa-apa walaupun jalan ke hutan itu gelap.

“Saya masuk agak dalam sebab Waze bawa saya betul-betul ke tengah hutan. Masa tu jalan TAR dah jadi jalan tanah, bersemak dan berlopak-lopak. Sehinggalah saya sampai ke lokasi yang dishare tadi. Lalu saya sedar tiada sebarang rumah di sana, apatah lagi homestay.

“Saya jadi panik dan terus berpatah baik mencari jalan keluar mengikut laluan saya masuk tadi. Masa tu line handphone dah tak ada. Tak boleh nak call sesiapa. Malangnya saya tak jumpa jalan masuk tadi dan terus tersesat dalam hutan itu sekitar jam 12 malam.

“Saya stop tengok Waze sebab jalan yang Waze tunjuk bawa saya masuk tebing sungai. Saya terus cuba lagi cari jalan keluar dari hutan itu. Ada masa tayar kereta tersangkut di lubang tanah dan stuck untuk beberapa minit.

“Ada masa saya memandu dalam keadaan sebelah tayar kereta ke tebing sungai sebab nak elak lubanng tanah yang besar. Setelah hampir setengah jam, akhirnya saya give up dan berhentikan kereta di tengah-tengah hutan. Saya tak boleh nak teruskan perjalanan kerana risau minyak habis kalau saya tak jumpa jalan keluar.

Muncul cahaya misteri

“Saya cuba bertenang walaupun dalam keadaan panik dan dada rasa sesak. Sepanjang perjalanan tadi ada beberapa benda pelik yang saya nampak, tapi cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan.

“Mulut tak berhenti berselawat dan membaca surah-surah yang saya ingat. Kemudian dalam keadaan gelap gelita saya ternampak sejalur cahaya yang kecil dan agak jauh melintasi pada pandangan mata. Saya terus mengejar cahaya itu walaupun jaraknya sangat jauh.

“Setelah jauh mengejar, cahaya itu semakin jauh dan seakan-akan membawa saya ke satu tempat. Saya redha dan teruskan mengejar cahaya itu. Dalam hati saya dah tak peduli tentang nasib diri ini. Sama ada cahaya ini akan membawa saya keluar atau mungkin terus membuatkan saya berada di dalam hutan ini.

“Akhirnya saya berjaya keluar dari hutan dan terjumpa jalan raya. Ada beberapa buah kereta lalu lalang walaupun keadaannya gelap. Saya meminta bantuan production manager untuk mengambil saya. Lalu mereka datang dan membawa pulang ke homestay.

“Sampai di homestay, terus tidur. Keesokan paginya, saya terkejut melihat keadaan kereta yang dipandu semalam. Kereta dalam keadaan berlumpur tapi apa yang mengejutkan terdapat banyak kesan tapak tangan berlumpur pada kereta,” katanya.

Justeru, Airil berharap orang ramai mengambil pengajaran daripada kejadian yang menimpanya dan tidak terlalu bergantung pada aplikasi Waze.

Sumber: TikTok Airil Hafiz

The post ‘Saya ikut Waze tapi tak jumpa homestay’ – Kru produksi tersesat d hutan Jenjarom, alami peristiwa mistik appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar