-->

‘Pelakon tu pukul wanita berkali-kali dalam kereta’ – TikToker

Sedang tular di media sosial seorang TikToker Riz Zaizizi mendakwa dia ternampak pelakon lelaki bergaduh dan memukul wanita yang dipercayai pasangannya di dalam sebuah kenderaan.

Menurut TikToker Riz Zaizizi berkata, dia yang bimbang dengan keselamatan wanita berkenaan terus datang menghampiri kenderaan tersebut dan cuba menghulurkan bantuan tetapi wanita itu pula enggan keluar daripada kenderaan.

“Ternampak seorang pelakon lelaki ni bergaduh dengan seorang perempuan. Ingatkan bergaduh biasa je la. Masuk kereta dengar bunyi perempuan menjert-jerit. Bila tengok kereta tu, nampak lelaki tu pukul-pukul, banyak kali pulak tu.

“Pergi nak tolong tapi perempuan tu menangis-nangis dan tak nak keluar daripada kereta pula. Kenapalah awak tak nak keluar daripada situasi bila ada peluang orang nak tolong?

“Yang lelaki itu pula, kalau nak bertumbuk pun carilah pairing ala-ala komando ke, rambo ke, barulah bermaruah sikit otot-otot tu.

https://ift.tt/UKmZzP9

“Abang nak beritahu kat perempuan tu kalau dia terbaca post ni. Janganlah takut nak tinggalkan lelaki macam tu. Kalau pergi buat report, abang boleh jadi saksi,” katanya.

Di ruangan komen, netizen meminta TikToker berkenaan mendedahkan sahaja identiti pelakon itu berikutan tiada sebarang hint yang diberikan. Tambahan, sekiranya dakwaannya itu benar, pihak polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

Malangnya, TikToker itu enggan menggulas lanjut dan hanya memaklumkan pelakon itu mempunyai wajah soleh sahaja.

Sumber: TikToker Riz Zaizizi

The post ‘Pelakon tu pukul wanita berkali-kali dalam kereta’ – TikToker appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar