Baru-baru ini tular video seorang wanita yang memakai pakaian sami Buddha sambil menyebut ‘Bismillah’, dikatakan mirip usahawan sensasi, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Vida, 52, bagaimanapun tampil menafikan bahawa wanita dalam video tular itu bukan dirinya. Berkata kepada Kosmo! Online, Vida menegaskan dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang menyekutukan Allah demi konten di media sosial.
“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.
“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik, terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim.
“Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” katanya.
Difahamkan, ‘wanita’ dalam video tular itu sebenarnya adalah penyanyi berasal dari Turkiye, Bulent Ersoy, yang beragama Islam.
Menurut penjelasan dari TikToker Azmi Jamaludin, Bulent sebenarnya sedang bercuti di Nepal dan sengaja memakai pakaian berkenaan. Kedatangannya ke lokasi itu disambut dengan meriah sehingga ada yang sanggup menyembahnya.
“Bulent ini sebenarnya adalah seorang lelalki dan telah mengubah jantinanya kepada wanita. Sebagai umat Islam, adalah tidak wajar kita melakukan perkara seperti ini,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online, Azmi Jamaludin
The post ‘Itu bukan saya!’ – DS Vida nafi pakai pakaian sami untuk content appeared first on The Reporter.