-->

Rider maut melambung tinggi ke udara selepas bertembung dengan kereta dari arah bertentangan

Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.17 petang semalam di Jalan Lui Selatan, Negeri Sembilan, mangsa dikatakan sedang cuba memotong sebuah lori di hadapannya.

Dia yang dikatakan tidak menyedari kehadiran kereta Perodua Viva putih di laluan bertentangan, meneruskan cubaan untuk memotong lori tersebut.

Akibatnya, berlaku pertembungan yang kuat menyebabkan mangsa melambung tinggi sebelum tercampak ke atas jalan.

Kejadian itu turut dirakam camera dashcam saksi yang berada di belakang mangsa.

Ada netizen yang mendakwa mangsa berkemungkinan mengalami microsleep (terlelap seketika) dan tanpa menyedari motosikalnya telah memasuki jalan bertentangan.

Bagaimanapun sumber yang mengetahui kejadian itu menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mangsa pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung bersama dengan rakannya.

“Laporan kata arwah ada penyakit rabun teruk. Dia on the way balik kampung berdua dengan kawan dia. Dia sangka kereta tu jauh, rupanya dekat.

“Dalam video memang ada dia cuba mengelak sikit sebab betul-betul depan mata dah kereta tu.

“Dia bukan mengantuk ke apa. Kalau mengantuk, dia tak berani nak potong dengan keyakinan macam tu sekali,” kata Amir Nordin.

Sumber: Isu Semasa, Twitter

The post Rider maut, melambung tinggi ke udara selepas bertembung dengan kereta dari arah bertentangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar