-->

Pegawai kanan polis akan dikenakan tindakan tatatertib & diarah jalani pemeriksaan kesihatan mental

Polis mengesahkan, pegawai kanan polis yang menengking anggota bawahan, mencetuskan kekecohan di kawasan parkir pusat beli belah yang tular di media sosial minggu lalu, akan dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kertas siasatan telah dibuka dan tindakan tatatertib sedang dijalankan. Malah, pegawai berkenaan diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Berhubung kejadian di parkir pusat beli belah, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang mengatakan kejadian itu berlaku pada jam 5.26 petang Jumaat lalu.

Siasatan awal mendapati, berlaku perselisihan faham di mana OYDS mahu meletakkan kenderaannya di sebelah kenderaan pengadu yang ketika itu pintu pemandu dan penumpang belakang sedang dibuka.

Pengadu menjelaskan, ibunya pada waktu itu sedang menukar lampin pakai buang anak saudaranya. OYDS yang tidak berpuas hati terus menekan hon, menjerit memarahi pengadu sekeluarga.

Tidak cukup dengan itu, OYDS keluar dan merakam video sebelum memperlekehkan pakaian pengadu yang dikatakan seksi.

Kejadian itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh saksi dan pengadu akhirnya beredar masuk ke pusat beli belah berkenaan.

Kes masih dalam siasatan dan polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tular itu.

Sumber: Harian Metro

The post Pegawai kanan polis akan dikenakan tindakan tatatertib & diarah jalani pemeriksaan kesihatan mental appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar