-->

Konstabel cuba rogol remaja berusia 19 tahun dalam tandas stesen minyak ditahan

Harapkan pagar, pagar makan padi. Cubaan seorang konstabel polis merogol seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak gagal apabila dia berjaya ditangkap.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.30 pagi di tandas stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh, kelmarin.

Terdahulu pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 19 tahun yang mendakwa suspek cuba merogolnya.

Bertindak di atas maklumat itu, polis telah menahan suspek berusia 23 tahun yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.

Suspek akan direman sehingga 22 Jun untuk disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Mohd Yusri menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota/pegawai yang didapati melakukan perbuatan yang bertentangan dengan integriti serta tingkah laku yang boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: Harian Metro

The post Konstabel cuba rogol remaja berusia 19 tahun dalam tandas stesen minyak, ditahan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar