-->

Rider Grab kesal akaunnya digantung selepas tularkan video 2 lelaki Singapura isi minyak dalam tong

Gara-gara menegur dan menularkan dua lelaki warga Singapura yang mengisi minyak dalam tong, penghantar makanan Grab yang dikenali sebagai MatKibot, telah digantung perkhidmatannya daripada Grab.

Menurut Matkibot, dimaklumkan oleh pihak Grab bahawa mereka menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa dia mengeluarkan pemutar skru untuk menyerang mereka.

“Selepas video itu viral, Grab telah menggantung akaun saya pada jam 6 petang dan saya terus segera menghubungi Customer Service Grab.

“Grab memberitahu ada orang membuat aduan terhadap saya. Yang melapor itu pun, mereka berdua itulah (lelaki Singapura), mengatakan saya mengeluarkan pemutar skru untuk menyerang mereka,” katanya.

Namun, MatKibot menafikan dakwaan tersebut dan menggesa pihak Grab menyemak video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan.

MatKibot kesal dengan dua lelaki terbabit yang sanggup membuat laporan palsu, menyebabkan periuk nasinya terjejas.

“Hari ini saya tak dapat bawa Grab. Tak tahulah bila hal ini akan selesai. Saya dapat RM100, kena hantar balik rumah RM50 untuk isi perut isteri dan anak,” katanya.

Semalam, pengadu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap dua lelaki Singapura berkenaan. Polis berkata, pengadu tidak lagi berminat untuk meneruskan kes itu.

Sumber: TikTok MatKibot

The post Rider Grab kesal akaunnya digantung selepas tularkan video 2 lelaki Singapura isi minyak dalam tong appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar