-->

Depa kata adik cacat OKU kaki terbelit-belit Anak menangis terkilan adiknya diejek oleh rakan-rakan sekolah

Seorang murid perempuan menangis teresak-esak selepas pulang dari sekolah kerana berasa sedih dan terkilan dengan tindakan rakan-rakan sekolah yang menghina adiknya.

Melalui video yang dikongsikan oleh Yusrina Yusof di TikTok berkata, “Kakak Haris balik menangis sebab kawan-kawan di sekolah hina adik dia cacat, kaki terkulai, orang susah, bodoh.

“Ya Allah. Kecik-kecik dah tak ada adab. Kesian la,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Yusrina telah tampil berjumpa dengan pihak sekolah dan memaklumkan mengenai kejadian itu.

@yusrinayusoff98

HARINI KAKAK HARIS BALIK MENANGIS SEBAB KAWAN2 DISEKOLAH HINA ADIK DIA CACAT , KAKI TERKULAI , ORANG SUSAH , BODOH .. YAALLAH AII KECIK2 DAH TAK ADA ADAB ..KESIAN LAA 😭

♬ original sound – Yusrinayusoff98 – Yusrinayusoff98

“Pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam. Saya juga tidak betulkan anak saya 100 peratus. Mungkin dia terlampau sedih dan mengikut perasaan mengenangkan nasib yang menimpa keluarga.

“Kepada ibu bapa, nasihatlah anak-anak supaya tidak melakukan perbuatan buli mental terhadap rakan-rakan sendiri. Kerana kita tidak berada di situasi seseorang pelajar itu. Pelajar yang dilanda ujian hebat dari Allah juga tidak diminta jadi sebegini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusrina turut berkongsi kepada umum mengenai anak lelakinya yang diejek cacat oleh individu tidak bertanggungjawab berkenaan.

Yusrina mengakui dia turut terkesan dengan kata-kata hinaan itu, apatah lagi dialah yang mengandungkan anak itu dan tidak meminta diuji sebegitu.

@yusrinayusoff98

INI LAH INSAN YANG KAKAK CHENTA PERTAHAN KAN . SYURGA BUAT MU ADIK HARIS ANAK SYURGA . SEORANG KAKAK SANGAT MENYAYANGI ADIK NYA YANG MENGALAMI “ RABYSOM SINDROM “ #semogdiberikanManfaatUntukKitaSemua #KakakChenta #hanyainsanbiasa

♬ Namun Ku Punya Hati – Saleem

“Inilah keadaan sebenar adik dia, yang dihina. Penyakit Haris ini dikatakan sangat kritikal. Penyakit rabysom sindrom yang tak ada di Malaysia. Haris juga mempunyai komplikasi keseluruhan organ dalaman.

“Abahnya juga tidak dapat bekerja dengan keadaan membawa Haris yang sering diserang sawan kronik tanpa mengira masa.

“Si kakak sangat menyayangi adiknya kerana mereka hanya dua beradik sahaja. Dia yang membancuh susu, menjaga adik di kala saya dan suami kurang sihat. Budak berusia lapan tahun ini banyak memikul tanggungjawab sebagai kakak,” katanya.

Sumber: TikTok Yusrina Yusoff

The post ‘Depa kata adik cacat, OKU, kaki terbelit-belit’ – Anak menangis, terkilan adiknya diejek oleh rakan-rakan sekolah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar