-->

Mahalnya trip kali ini Wanita disaman RM1000 kerana guna handphone semasa memandu

Selasa lalu, seorang wanita bernama, Candi MieCi, berkongsi pengalamannya disaman oleh polis trafik sebaik sahaja tiba di Pulau Pinang.

Menurut Candi, insiden itu berlaku kira-kira jam 9 pagi. Memandangkan dirinya bukan penduduk tempatan, Candi meletakkan telefon bimbitnya di atas riba untuk melihat aplikasi Waze.

Bagaimanapun, perbuatannya itu dikesan oleh anggota polis trafik yang sedang bertugas lalu ditahan dan diberikan saman atas kesalahan menggunakan alat peranti komunikasi semasa memandu.

Sebelum itu, Candi menjelaskan bahawa dia tidak berbuat demikian. Sebaliknya dia hanya meletakkan telefon di atas ribanya untuk melihat Waze.

“Selepas melalui bulatan, saya letak telefon itu semula di pangkuan. Tetapi anggota berkenaan kata perbuatan itu juga tidak dibenarkan.

Selain disaman, Candi juga dimaklumkan bahawa dia perlu hadir ke mahkamah. Jumlah denda yang dikenakan juga bukanlah mengikut kadar lama, RM300. Sebaliknya, kadar denda baharu bagi kesalahan itu adalah RM1,000!

Difahamkan, peraturan baharu yang dikuatkuasakan bermula 6 Julai 2020 telah menetapkan hukuman denda yang lebih tinggi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang menggunakan alat peranti komunikasi ketika memandu.

Di bawah Seksyen 17A Akta Pengangkutan Jalan 1959, perbuatan menggunakan telefon semasa memandu adalah satu kesalahan jenayah yang mewajibkan pelakunya hadir ke mahkamah.

Bagi kesalahan kali pertama, pelaku boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan. Untuk kesalahan buat kali kedua, pelaku boleh dikenakan denda yang lebih tinggi sehingga RM2,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Justeru, Candi menasihatkan orang ramai tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Netizen juga menasihatkan Candi membuat rayuan di mahkamah agar dapat mengurangkan bebanannya. Selain menyarankan Candi membeli pemegang telefon.

Sumber: Facebook Candi MieCi, Goody Malaysia

The post ‘Mahalnya trip kali ini’ – Wanita disaman RM1,000 kerana guna handphone semasa memandu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar