-->

Ini bukan gurau dah ini kena buli & anak aku trauma Ibu terkilan penjaga suspek buli enggan bertanggungjawab

Kebelakangan ini sering dilaporkan kes buli melibatkan pelajar sekolah sehingga ibu bapa penjaga terpaksa membuat laporan polis.

Isu sebegini tidak pernah selesai bahkah sejak dari dulu lagi kes buli seolah mendominasi para pelajar.

Seorang wanita meluahkan rasa sedih dengan perkara yang sama terjadi kepada anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah di Pantai Timur. Dakwa anaknya, pelajar yang sama membuli anaknya dari Tahun 2 sehinggalah sekarang di Tahun 4.

Selalu dipukul suspek yang sama

“Balik je dari sekolah, baju anak koyak rabak. Bila ditanya, dia tak nak beritahu kenapa dan siapa yang pukul. Bila ditanya lagi, baru lah dia beritahu yang ada orang pukul dia.

“Orang yang sama pukul dia. Selalu kena pukul. Malam tadi tengok muka anak, bengkak,” katanya.

Wanita ini juga telah berkongsikan permasalahan tersebut kepada penjaga suspek melalui WhatsApp group sekolah, namun sangat menyedihkan apabila mereka hanya menganggap perbuatan itu hanyalah gurauan sesama mereka.

“Kalau tak boleh nak bergurau, sekolah sorang jerla. Budak-budak besar tu, ada time dia bergurau kasar,” kata penjaga pelajar itu.

Perbualan tersebut bagaimanapun dileraikan oleh guru kelas berkenaan.

Ibu mangsa dihalang daripada membuat laporan polis

Wanita ini juga mendakwa, suspek turut memberi ugutan kepada mangsa sekiranya menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapa mangsa.

“Ni bukan gurau dah, ni kena buli. Anak siap cakap lagi kalau beritahu mak abah nanti dia (pelajar yang buli) suruh abang dia pula datang pukul, anak aku trauma dah ni,” luahnya.

Difahamkan, setelah wanita tersebut membuat aduan kepada guru, mereka didakwa menghalang niat ibu itu untuk membuat laporan polis berhubung kes buli tersebut.

Sekiranya dia masih ingin berbuat demikian, pihak sekolah didakwa tidak akan lagi mempedulikan tentang prestasi pembelajaran anaknya di sekolah.

“Aku ketar lutut dah ni, takut macam tahun lepas kerja sekolah anak tak ada, cikgu (cakap) kalau kita buat aduan, anak yang kena, (cikgu) tak (akan) ambil kisah pasal pembelajaran anak,” katanya.

Menerusi hantaran terbaharu di media sosial, wanita ini menyatakan kes tersebut sudah diserahkan kepada pihak atasan.

Sumber: Malaysia Most Viral, Majoriti

The post ‘Ini bukan gurau dah, ini kena buli & anak aku trauma’ – Ibu terkilan penjaga suspek buli enggan bertanggungjawab appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar