-->

Persenda tragedi MH370, PDRM minta bantuan Interpol untuk kesan Jocelyn Chia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan mendapatkan bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan pelawak Jocelyn Chia yang didakwa telah menghina dan mempersenda Malaysia, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, permohonan kepada Interpol itu untuk mendapatkan maklumat dan lokasi terkini pelawak itu akan dibuat oleh pihaknya esok.

Tindakan itu adalah untuk membantu siasatan berhubung penularan klip video kenyataan Jocelyn dan pihaknya telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Jocelyn Chia dalam video yang tular itu bukan sahaja mempersenda kedaulatan negara ini, malah menjadikan tragedi pesawat MH370 yang hilang, sehingga mengguris perasaan keluarga mangsa.

Jocelyn bagaimanapun tidak membuat sebarang permohonan maaf sehingga ke hari ini kerana yakin lawaknya kena pada tempatnya.

Malah dalam kenyataannya kepada CNN semalam, Jocelyn menjelaskan sudah menjadi satu kebiasaan untuk pelawak komediri menyentuh isu panas untuk memanaskan para penontonnya.

Tindakan pelawak kelahiran Singapura itu turut dikecam oleh Kedutaan dan Menteri Luar Singapura yang menegaskan Jocelyn tidak lagi memegang kerakyatan di Singapura.

Sumber: Harian Metro

The post Persenda tragedi MH370, PDRM minta bantuan Interpol untuk kesan Jocelyn Chia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar