-->

Gelandangan mengamuk sebab tak dipanggil ‘baby’ atau ‘abang’, didenda RM300

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM300 terhadap seorang gelandangan yang mengaku bersalah atas pertuduhan membuat kekecohan di sebuah restoran di Putra Heights, Subang Jaya, 4 Jun lalu.

Tertuduh, Mohd. Asri Abdullah, 50, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mengikut pertuduhan itu, bekas pemandu lori berkenaan didakwa melakukan kemudaratan awam yang menyebabkan kegusaran kepada orang awam. Tertuduh tidak berpuas hati pekerja restoran memanggilnya ‘pakcik’ berbanding ‘baby’ atau ‘abang’ seperti yang dimintanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal untuk dijadikan pengajaran kepada tertuduh.

Majistret Redza Azhar kemudian menjatuhkan hukuman denda RM300 dan jika tertuduh gagal membayar denda tersebut akan diperintah untuk dipenjarakan selama seminggu.

Dalam kejadian 4 Jun jam 9 pagi itu yang juga tular di media sosial menunjukkan Mohd Asri mengamuk dan membaling makanan yang dibungkusnya (nasi dan air Nescafe panas) sehingga terkena pada anak pemilik restoran berusia empat tahun.

Difahamkan, Mohd Asri bengang pekerja restoran berkenaan enggan memanggilnya ‘baby’ atau ‘abang’ seperti yang diminta. Dia terus memgamuk menendang meja, membaling kerusi dan meludah.

Sumber: Harian Metro

The post Gelandangan mengamuk sebab tak dipanggil ‘baby’ atau ‘abang’, didenda RM300 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar