-->

Pelawak Shashic akui pernah depresi hingga putus asa untuk hidup, bawa motor sambil pejam mata atas highway

Sabtu lalu, termeterai ikatan perkahwinan antara pelawak Shashic Iewan dan juga pelawak Filzah Azmi. Hubungan cinta yang sudah terjalin sekian lama disimpan rapi oleh mereka berdua.

Walaupun dikenali sebagai pelawak, namun terselit kisah duka disebalik kejayaan yang dilalui oleh mereka berdua terutamanya Shashic. Umum mengetahui Shashic merupakan seorang yang gagap.

Pada awalnya kelemahan itu membuatkannya berasa tewas dalam kehidupan tetapi semangatnya kembali dengan sokongan daripada insan di sekelilingnya.

Kisahnya itu dikongsikan dalam satu wawancara podcast Bongkar yang dihostkan oleh Iskandar Norzaman, Dewa Arteh dan Has Arteh.

Shashic dalam perkongsiannya itu juga menyatakan dia pernah mengalami depresi sehingga putus asa untuk hidup.

“Saya mula start depress masa mula start stand up comedy. Semasa program tu, saya banyak berkongsi tulisan/idea dengan pelawak-pelawak lain mengenai stand up comedy. Tapi nama diorang naik dulu dapat program sana sini, membuatkan saya tertanya-tanya.

“Saya fikir kekurangan saya jadi bahan orang. Makin lama makin teruk depresi sampai saya bawak motor sambil pejam mata (dalam seminit) di highway,” katanya.

Namun begitu disebalik kejayaannya pada hari ini, Filzah Azmi dan keluarganya sentiasa disisinya saat susah dan senang.

“Kitorang berdua memang susah senang bersama. Bila aku susah, dia dan keluarga dia ada.

“Shashic tak rapat dengan bapa dia, tapi masa final Maharaja Lawak, first time aku tengok bapa dia berdiri dari awal rancangan sampai akhir, dia tak duduk langsung,” kata Filzah dengan nada sebak.

Sumber: Youtube BongkarTV, TikTok Bongkar TV

The post Pelawak Shashic akui pernah depresi hingga putus asa untuk hidup, bawa motor sambil pejam mata atas highway appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar