-->

Hafidz Roshdi Bakal Umum Perancangan Kahwini Athirah Selepas Sah Cerai

Pelakon Hafidz Roshdi memberitahu bahawa dia bakal kongsikan status hubungan antara dirinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada serta perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut.

Memetik laporan mStar Online, perkara itu bakal diumumkan selepas prosiding perceraiannya dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri selesai.

”Sekarang masih di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Pengakuan untuk dia, saya akan buat lepas bercerai, buat masa ini no komen, itu di bawah perbincangan nantilah.”

@mstarmalaysia Perancangan kahwin Athirah, Hafidz Roshdi bakal umum selepas sah cerai #SembangEntertainment #HafidzRoshdi #Athirah ♬ original sound – mStar Official

Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu, Selangor pagi tadi bagi prosiding pertuduhan mencederakan isterinya dilabel berpewatakan aneh oleh netizen.

Namun begitu, Hafidz menegaskan bahawa dia tidak mahu menghiraukan komen-komen berkenaan.

”Saya tak baca komen di media sosial, saya tak peduli langsuang, minta maaf ya.”

Hafidz juga meluahkan rasa lega kerana dapat berdua dengan dua anaknya iaitu Humairah dan Umar. Bagaimanapun, sehingga kini dia tidak bertemu dengan Shuhada dan segala urusan akan dibuat menerusi peguam sahaja.

“Alhamdulillah, saya ada berjumpa dengan anak-anak sebelum ini. Saya juga tidak bertemu dengan dia (Shuhada) langsung buat masa ini, semuanya melalui peguam.”

Sebagai rujukan, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Kredit:LM


LihatTutupKomentar