-->

Madammu selamat bersalinkan baby A, akaun media sosialnya dihujani ucapan tahniah

Kisahnya seringkali menjadi sorotan netizen. Selain daripada terpegun dengan kecantikan yang dimilikinya, netizen juga seronok mendengar celoteh daripada pengasas kosmetik Noir Health & Beauty yang lebih dikenali dengan nama Madammu itu.

Kisah adik beradiknya juga menjadi cerita yang ditunggu-tunggu oleh netizen.

Umum mengetahui Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri telah menjalani proses IVF dan kehamilannya disambut gembira oleh para pengikutnya.

Hari ini pula, khabar gembira dikongsikan melalui hantaran di media sosial usahawan berkenaan. Genap 39 minggu, beliau telah selamat bersalin di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Alhamdulilah, baby A selamat dilahirkan di hari Jumaat yang penuh barakah!,” tulis satu hantaran di TikTok.

@madammmu

Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari jumaat yang penuh barakah! Syukur! #fyp #noir #madammu #diarimadammu #babyA

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Melalui perkongsian itu juga, kelihatan suaminya Muhammad Azri Che Noh atau lebih dikenali dengan panggilan TP menanti dengan penuh sabar di pintu bilik pembedahan.

Rata-rata netizen teruja dan mengucapkan tahniah diatas kelahiran baby A yang ditunggu-tunggu selama ini.

Selain daripada kisah hidup dan perniagaannya, usawahan berkenaan juga dipuji netizen kerana bersikap baik dalam menyantuni tiga orang anak tirinya, hasil perkahwinan suaminya bersama arwah isterinya.

Sumber: TikTok Madammu, Instagram Madammu

The post Madammu selamat bersalinkan baby A, akaun media sosialnya dihujani ucapan tahniah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar