-->

Bayi 4 bulan tidak sedarkan diri ketika dijaga oleh pengasuh, disahkan meninggal dunia

Seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di Dungun, Terengganu. Mangsa terdahulu dihantar oleh ibu bapanya kepada pengasuh untuk dijaga, sebelum dikatakan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Bayi lelaki berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Perkara itu dikongsikan oleh ibu saudaranya di laman Facebook.

“Assalamualaikum semua. Tolong doakan ada keajaiban dan kesembuhan untuk anak saudara saya yang berusia empat bulan tak sedarkan diri di tangan pengasuh dan dibawa ke Hospital Dungun.

“Keadaan sangat kritikal dan dibawa ke Hospital Terengganu. Kes dalam siasatan lagi,” tulis Anni Nazifah.

Anni Nazifah turut memaklumkan perkembangan terkini anak saudaranya yang dikatakan telah ditidurkan kerana terlalu banyak pendarahan di kepala.

Bagaimanapun, selang tujuh jam kemudian, Anni memaklumkan mangsa telah meninggal dunia.

“Baby Naufal tidak dapat diselamatkan lagi. Naufal dah kuat untuk teruskan tapi Allah lebih sayangkan baby Naufal.

“Semoga Kak Gee dan abang ipar kuat hadapi dugaan. Sedihnya Naufal pergi selamanya dalam keadaan kesakitan,” katanya.

Punca kematian mangsa masih belum diketahui dan netizen menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa diatas kehilangan baby Naufal.

Sumber: Anni Nazifah

The post Bayi 4 bulan tidak sedarkan diri ketika dijaga oleh pengasuh, disahkan meninggal dunia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar