Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ditemui di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico, didakwa telah diperkosa oleh 67 individu berikutan penemuan DNA berlainan dalam tubuhnya..
Kisah ini diceritakan dan dikongsikan oleh Jeff Zink, dalam program Tina Peter Show yang ditayangkan pada 19 April 2023 yang lalu.

Menerusi temubual itu Zink berkata, pada mulanya dia bertemu dengan pihak berkuasa di sana. Dalam masa sama, dia bertemu dengan sekumpulan pendatang yang ditahan. Termasuklah seorang kanak-kanak perempuan, sewaktu mengunjungi sempadan Arizona pada tahun 2021.
Zink memerhatikan kumpulan tersebut dan ternampak kanak-kanak itu yang hanya berdiam sahaja.
Zink kemudian membawa kanak-kanak itu ke hospital. Hasil rawatan dan pemeriksaan doktor mendapati, terdapat 67 DNA di dalam badan kanak-kanak itu. Doktor juga memaklumkan, 67 itu hanya minimum DNA dikesan.
Mangsa dipercayai telah diperkosa oleh 67 lelaki berlainan. Kejadian itu menyebabkan mangsa trauma dan tidak dapat bercakap akibat terlalu banyak menjerit serta menangis selama beberapa minggu.
Wanita dan kanak-kanak jadi mangsa pegawai imigresen

Dikatakan sekumpulan pendatang termasuk gadis, mengalami pelbagai insiden yang tidak menyenangkan apabila cuba memasuki Amerika Syarikat secara haram dari Mexico.
Beberapa sumber mendakwa, wanita dan kanak-kanak ini mengakui kejadian sedemikian sememangnya berlaku atas desakan dan paksaan pegawai imigresen yang sepatutnya menjaga mereka.
Katanya lagi, desakan itu juga dibuat bagi memudahkan pendatang tanpa izin melalui Amerika Syarikat dengan mudah.
Sumber: Twitter OliLondon, TikTok I Speak Energy
The post Kejam! 67 DNA ditemui dalam tubuh kanak-kanak berusia 8 tahun yang dipercayai diperkosa individu berlainan appeared first on The Reporter.