-->

Jennie Blackpink lakon babak tarian erotik dalam drama The Idol, undang rasa kecewa peminat

Tarian erotik Jennie (Blackpink) dalam drama baharu, The Idol, mengundang perdebatan hangat di kalangan netizen di Korea Selatan.

Mana tidaknya, aksi yang dipamerkan dalam drama itu dikatakan melampau dan ramai para peminatnya meluahkan rasa kurang selesa melihat babak berkenaan.

Dalam masa sama, netizen turut mengecam pengarah drama berkenaan yang didakwa mempergunakan ahli Blackpink itu untuk kepentingan diri.

“Dia sebenarnya pelakon yang berbakat, tapi sayang. Penampilan sulungnya amat memalukan dan sia-sia. Semoga Jennie mendapat tawaran berlakon yang lebih baik di masa akan datang,” kata Micah.

Ada yang mendakwa Jennie tidak dipaksa untuk melakukan aksi panas tersebut dan dia telah diberikan skrip sebelum menandatangan kontrak. Adalah tidak wajar untuk peminatnya menyalahkan mereka di sebalik drama tersebut.

Namun, ada pula yang mendakwa skrip telah diubah pada saat terakhir dan Jennie tiada pilihan lain dan terpaksa melakukan babak tersebut kerana kontrak telahpun ditandatangani.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat, peminat Jennie sepatutnya berfikiran terbuka kerana Jennie sudah dewasa dan berhak menentukan keputusannya sendiri sama ada melakukan aksi panas atau sebaliknya.

“Dia dah dewasa kot? Dah berusia 27 tahun. Tolong jadi profesional, ini adalah industri lakonan dan bukan bermaksud dia seperti ini dalam dunia realiti. Ini hanya lakonan sahaja,” kata Oneny.

Sumber: YouTube

The post Jennie Blackpink lakon babak tarian erotik dalam drama The Idol, undang rasa kecewa peminat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar