-->

‘Jika ada rezeki awal (zuriat), Alhamdulillah’ – Janna Nick selamat bernikah dengan Dini Schatzmann

Pelakon Janna Nick dilaporkan telah selamat bernikah dengan pasangannya, Dini Schatzmann di Langkawi, hari ini.

Tepat jam 8.35 pagi tadi, Muhammad Dini Azan Schatzmann, 29, sah menjadi suami kepada Nurul Jannah Muner, 28. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna, Muner Abdullah. Disaksikan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya dan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Dalam majlis itu yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan artis dan sahabat karib, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dengan seutas rantai emas.

Antara yang dilaporkan hadir adalah, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar, Ain Edruce, Nora Danish, Izzue Islam.

Menurut Dini, dia dan isterinya memang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersifat peribadi dan privasi kerana itu lebih bermakna untuk keluarga mereka memandangkan detik itu hanya berlaku sekali seumur hidup serta perlu dijadikan sebagai memori indah bagi dia dan isteri.

Sementara itu, Janna pula mengakui dirinya gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan. Mengenai percutian berbulan madu, Janna mendedahkan mereka memilih lokasi Koh Lipe. Namun, bukan dalam masa terdekat berikutan tuntutan kerja perlu diutamakan terlebih dahulu.

Ditanya oleh wartawan Harian Metro mengenai kerjaya seni dan perancangan zuriat, Janna menjelaskan kerjaya tetap akan diteruskan sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia. Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

The post ‘Jika ada rezeki awal (zuriat), Alhamdulillah’ – Janna Nick selamat bernikah dengan Dini Schatzmann appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar