-->

Lelaki tunjal kepala wanita, hadapi pertuduhan menampar pekerja restoran di Cameron Highlands

Selepas dijatuhi hukuman penjara selama seminggu, pemandu Persona yang menunjal kepala wanita dalam video tular sebelum ini, sekali lagi berdepan dengan tuduhan memaki dan menampar pekerja restoran di Cameron Highlands pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 7 Jun lalu yang mendakwa tertuduh berusia 29 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat dan menampar mangsa.

Menurut laporan itu, mangsa ditampar hanya kerana makanan yang dipesannya lewat sampai. Turut menjadi mangsa, seorang lagi pekerja yang ditampar semasa cuba memberi penjelasan kepada lelaki itu yang makanannya masih belum tersedia.

Kes tersebut sedang disiasat dan beberapa saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menggunakan perkataan kesat.

Semalam, Mahkamah Majistret Tapah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari bagi pertuduhan mencederakan dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang wanita. Tertuduh diperintah menjalani hukuman tersebut secara serentak.

Sumber: Harian Metro

The post Lelaki tunjal kepala wanita, hadapi pertuduhan menampar pekerja restoran di Cameron Highlands appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar