-->

Lelaki dibuang kerja kerana habiskan masa 6 jam di tandas semasa bekerja

Seorang lelaki di China dipecat oleh majikannya kerana banyak kerap masuk ke tandas semasa waktu bekerja. Lelaki itu dilaporkan mengambil masa yang terlalu lama antara 47 minit dan 6 jam.

Media China baru-baru ini melaporkan seorang pekerja bernama Wang telah memfailkan saman terhadap bekas majikan. Wang mendakwa dia telah dipecat atas alasan terlalu banyak menghabiskan masa di tandas dalam waktu bekerja.

Difahamkan, Wang sebelum itu menjalani pembedahan untuk masalah anorektal oada Disember 2014. Selepas menjalani rehat yang panjang, Wang kembali bekerja pada Julai 2015. Namun, Wang masih berasa sakit dan tidak selesa. Hal itu menyebabkan dia banyak menghabiskan masa tiga hingga enam jam di tandas setiap hari.

Bekas majikannya mendakwa dalam jangka masa 10 hari, Wang mengambil masa 22 kali di tandas, antara 47 minit dan 6 jam. Disebabkan itu, Wang diberhentikan mengikut akta dan peruntukan yang telah termaktub di dalam buku peraturan syarikat.

Setelah dipantau antara 7 September dan 17 September 2015, Wang dikatakan telah mengambil sekurang-kurangnya 3 kali rehat di tandas dalam jangka masa yang lama sebelum majikannya mengambil tindakan untuk memberhentikannya.

Pada Oktober 2015, Wang meminta pertimbangan agar kedudukannya dalam syarikat itu dikembalikan. Namun begitu, Mahkamah Tinggi Tiangjin memutuskan bahawa Wang tidak dapat bekerja semula.

Kisah yang berlaku pada Wang mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Majoriti memihak kepada Wang kerana faktor kesihatannya (dari pembedahan) itu yang menyebabkannya dia mengambil masa rehat yang lama di dalam tandas.

Sumber: Oddity Central

The post Lelaki dibuang kerja kerana habiskan masa 6 jam di tandas semasa bekerja appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar