-->

Remaja habiskan duit simpanan ibunya sebanyak RM291K untuk mobile games

Ibu bapa kepada remaja perempuan berusia 13 tahun di Wilayah Henan di China terkejut apabila mendapati anak mereka telah menghabiskan wang simpanan berjumlah 449,500 yuan bersamaan dengan RM291K untuk aplikasi permainan dalam talian (mobile games).

Bayangkan jumlah wang yang begitu besar disimpan selama bertahun-tahun, akhirnya habis begitu sahaja. Simpanan mereka selama bertahun-tahun itu kini hanya tinggal sebanyak 0.5 yuan.

Lagi mengejutkan apabila anak perempuannya menggunakan kad debit ibunya untuk memuaskan ketagihan dengan permainan dalam talian itu. Bagi mengelakkan perbuatannya itu dikesan, anaknya telah membuang segala transaksi yang dibuat daripada telefon bimbit.

Namun perbuatan remaja itu mula disedari oleh guru sekolahnya yang mendapati gadis itu banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbitnya. Guru berkenaan terus memaklumkan hal itu kepada ibunya.

Remaja itu juga dikatakan telah menghabiskan 330,000 yuan untuk membeli permainan dalam talian dan juga membelikan permainan untuk rakannya sekitar 100,000 yuan.

“Bila kawan saya minta, saya bayarkan games tu. Saya bayarkan walaupun saya rasa tak selesa,” katanya.

Walaubagaimanapun, ibu gadis berkenaan mengakui kejadian itu juga berpunca daripada dirinya sendiri kerana memberi kod pin kad debit kepada anaknya.

Menurut si ibu, dia membuat simpanan itu untuk kegunaan semasa kecemasan. Dia tidak pernah membayangkan anaknya akan menghabiskan wang simpanan keluarga hanya dalam masa empat bulan sahaja.

Sumber: Oddity Central

The post Remaja habiskan duit simpanan ibunya sebanyak RM291K untuk mobile games appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar