-->

Lainlah kalau wanita tersebut tidak berpakaian Menteri bidas tindakan MPKB kompaun wanita berseluar pendek

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, membidas tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Negeri Kelantan yang mengenakan kompaun terhadap seorang wanita bukan Islam. Hanya wanita berkenaan memakai seluar pendek semasa berada di premis perniagaannya sendiri.

“Saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada semua pihak. Tidak kira parti, agama atau bangsa sekali pun bahawa, Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk.

“Lainlah kata kalau wanita tersebut tidak berpakaian, tambahan pula beliau pada ketika itu berada di dalam premis perniagaan sendiri. Bukannya di kawasan tumpuan awam seperti bangunan kerajaan yang memerlukan orang awam mematuhi kod etika berpakaian,” kata menteri.

Menurut Tiong, dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sudah jelas memperuntukkan bahawa, Islam ialah agama bagi Persekutuan. Tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

Dalam Perkara 8 juga katanya, jelas menunjukkan bahawa kesamarataan dilindungi dan mengharamkan sebarang diskriminasi termasuk atas alasan agama, keturunan, tempat lahir mahupun jantina.

Bagaimanapun bagi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, orang bukan Islam mesti berpakaian sopan mengikut sifat kemanusiaan yang bermaruah dan dihormati.

Termasuk mematuhi arahan berpakaian menutup aurat yang diwajibkan kepada penganut Islam. Sambil mengingatkan supaya tidak bersikap liberal sehingga tiada rasa malu seperti binatang yang tidak berakal dan tidak bermaruah. Seperti yang sedang melanda negara Barat pada hari ini.

Sumber: MalaysiaKini

The post ‘Lainlah kalau wanita tersebut tidak berpakaian’ – Menteri bidas tindakan MPKB kompaun wanita berseluar pendek appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar