-->

KLIA kecoh menteri guna kuasa desak Imigresen bebaskan pelawat China yang dihalang memasuki Malaysia

Seorang ahli politik yang juga menteri kabinet dilapor menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan pihak Imigresen yang menahan seorang wanita warga China daripada memasuki negara ini.

Menurut laporan Bebas News, kejadian itu berlaku pada Khamis, 29 Jun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana menteri terbabit terus menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa untuk ‘menyelamatkan’ warga China itu.

Difahamkan, warga asing terbabit tidak diberi kebenaran untuk masuk ke negara ini setelah tiba di KLIA, kelmarin.

Perkara itu diketahui oleh menteri yang dipercayai berasal dari Sarawak, kemudian datang ke KLIA dan masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan untuk berbuat demikian.

Apabila pihak berkuasa cuba menghalang, menteri itu dikatakan telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri dan memarahi Polis Bantuan KLIA dan Pegawai Imigresen, semata-mata mahu menyelamatkan wanita warga China itu.

Menurut sumber yang sama, ini bukan kali pertama ahli politik berkenaan berbuat demikian. Namun tidak dapat dipastikan dalam kejadian sebelum ini membabitkan warga asing dari China atau negara lain.

Sumber: Bebas News

The post KLIA kecoh, menteri guna kuasa desak Imigresen bebaskan pelawat China yang dihalang memasuki Malaysia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar