-->

Haqiem Stopa antara 284 yang ditahan polis kerana menonton lumba haram di Alor Setar

Media semalam melaporkan seorang TikToker yang digelar sebagai ikon permotoran, antara individu yang ditahan bersama 284 individu lain dalam Op Samseng Jalanan di malam Aidiladha di Jalan Pegawai, Alor Setar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, TikToker Haqiem Stopa, 23, adalah antara penonton yang ditahan.

Dalam operasi itu, sebanyak 50 motosikal turut disita dan 194 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah iada lesen memandu, mengubah suai motosikal, tiada cermin sisi, tiada insurans serta cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

Kesemua yang ditahan dilepaskan selepas proses dokumentasi selesai.

Sementara itu, Haqiem Stopa menafikan dakwaan liar yang mengatakan dia turut terlibat dalam lumba haram itu. Sebaliknya, dia hanya sekadar menonton perlumbaan tersebut.

Perkara itu turut disahkan oleh rakannya, Angah, bahawa Haqiem tidak ditangkap.

“Kita ada dengan dia semalam. Dia lepak je, bukan join race ke apa ke. Tapi nak dijadikan cerita, memang depa nak dia juga.

“Tak kena tangkap pun. Cuma kena ikut pergi balai je sebab memang dari awal lepak je dengan geng towing. Tak ada buat kacau apa pun,” katanya.

Sumber: Bernama, Haqiem Stopa

The post Haqiem Stopa antara 284 yang ditahan polis, kerana menonton lumba haram di Alor Setar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar