-->

Anak saya bergurau tarik seluar kawannya tapi bukan anak saya seorang yang buat Bapa murid londeh seluar rakan tampil mohon maaf

Beberapa hari lalu, tular kes seorang murid Tahun 1 di sebuah sekolah rendah di Rembau, dikurung oleh gurunya di dalam bilik berpagar besi yang mengundang kemarahan bapanya.

Pengadu kemudian datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar dan dua lagi guru terbabit untuk menuntut penjelasan mengenai kejadian tersebut.

Berdasarkan siasatan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), murid berkenaan dikurung selepas dia mengulangi kesalahan mengganggu rakannya dengan suka melondehkan seluar, biarpun peringatan telah diberi berulang kali.

Murid berkenaan nakal, suka londeh seluar rakan

Memandangkan teguran tidak diendahkan, murid berkenaan diletakkan dalam bilik berpagar besi itu bagi tujuan pengasingan.

“Kami dapat makluman bahawa murid ini agak nakal, suka melondeh seluar murid lain. Malah ibu bapanya turut akui anak mereka agak nakal. Guru kelas dah banyak kali beri peringatan (dua kali) kepada murid berkenaan supaya tidak berbuat demikian,” kata Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Zamani Disimsalam.

Malangnya, peringatan tidak diendah dan kesalahan yang sama masih diulangi membuatkan guru terbabit terpaksa membuat aduan kepada guru penolong kanan hal ehwal murid yang kemudian dimasukkan ke dalam bilik pagar besi itu selama 10 minit untuk memberi kesedaran.

Bapa dakwa bukan anaknya seorang yang melondeh seluar mangsa

Namun pengadu menjelaskan, bukan anaknya seorang sahaja yang berbuat demikian. Malah ada beberapa murid lain yang turut terlibat.

“Saya dimaklumkan guru kelas, anak saya bergurau dengan menarik seluar kawannya. Bukan anak saya seorang yang melakukannya. Malah ia turut membabitkan tiga atau empat murid lain,” katanya.

Difahamkan, pengadu juga telah memohon maaf kepada ibu bapa seorang murid yang menjadi mangsa gurauan keterlaluan itu.

“Saya sudah mohon maaf kepada ibu bapa muid itu berhubung tindakan anak saya. Mereka enggan memanjangkan isu itu berikutan anak kami memang berkawan baik di luar sekolah. Malah anak saya memang kuat bergurau,” ujarnya.

Anak trauma bila kes viral di media sosial

Dalam masa sama, pengadu memaklumkan anaknya kini tidak mahu hadir ke sekolah disebabkan trauma dimasukkan ke dalam bilik berpagar besi itu.

“Anak saya tidak mahu hadir ke sekolah akibat trauma dimasukkan ke dalam ‘penjara’ itu. Cukup setakat ini saja, saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini.

“Semua anak-anak ada di media sosial, mereka membaca dan sedih. Sekarang saya nak perbaiki dulu mental dan emosi anak saya,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian

The post ‘Anak saya bergurau, tarik seluar kawannya tapi bukan anak saya seorang yang buat’ – Bapa murid londeh seluar rakan, tampil mohon maaf appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar