-->

Kerajaan Singapura mohon maaf di atas lawak bodoh Jocelyn Chia yang telah menyinggungkan perasaan rakyat Malaysia

Susulan tindakan bodoh pelawak komediri Jocelyn Chia, Kerajaan Singapura tampil memohon maaf di atas perbuatan tidak cerdiknya itu kepada seluruh rakyat Malaysia, lapor Astro Awani.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau terkejut dengan tindakan Jocelyn. Kenyataannya itu disifatkan tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata semalam.

Vanu juga menjelaskan, Jocelyn sebenarnya bukan lagi warganegara mereka dan kata-katanya dalam pementasan Comedy Cellar di platform US itu tidak mencerminkan pandangan negara itu.

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetuskan kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

“Dan Chia tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan juga mengakui terkejut dengan kenyataan Jocelyn itu.

“Dia tidak bercakap untuk rakyat Singapura. Kami menghargai hubungan kami dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Kami memohon maaf atas kesalahan dan kesakitan yang dilakukannya terhadap rakyat Malaysia,” katanya di Twitter.

Semalam, Jocelyn dalam kenyataan balasnya dengan pengikutnya di Instagram mengatakan, dia hairan dengan rakyat Malaysia yang terlalu mengambil serius dengan lawaknya itu.

Bagi Jocelyn, tragedi MH370 itu sudah lama berlaku dan tiada salah untuk dia membuat lawak mengenainya.

Lebih teruk lagi, Jocelyn berpendapat apa yang dilakukannya itu adalah cara balas dendam yang terbaik. Sebagai menyatakan perasaan Singapura yang telah disingkirkan dari pembentukan Malaysia.

Bagaimanapun, Jocelyn dipercayai telah menyahaktifkan akaun Instagram, Twitter dan akaun media sosialnya yang lain kerana ‘koyak’ setelah dikecam tanpa henti.

The post Kerajaan Singapura mohon maaf di atas lawak bodoh Jocelyn Chia yang telah menyinggungkan perasaan rakyat Malaysia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar