-->

‘Kamu tidak ada hati dan empati’ – Isteri krew MH370, Intan Maizura kecam Jocelyn Chia

Pelawak Singapura, Jocelyn Chia kini menjadi kecaman netizen gara-gara lawak jenakanya yang boleh disifatkan sebagai melampaui batas dan tidak menjaga senstiviti rakyat Malaysia terutamanya isu berkaitan dengan pesawt MH370.

Intan Maizura Othman isteri kepada salah seorang kru pesawat MH370 yang hilang pada 2014 menyelar tindakan pelawak itu.

@intanmaizuraothaman

#stitch with @ComedyCellarUSA Jocelyn Chia. Leave MH370 out of your humourless depressing gig. You such a disgraceful heinous individual! Not to forget your voice is sooo annoying! I don’t understand how the audiences can stay listening to your bad pitched voice.. #sistanyajer

♬ original sound – Intan Maizura Othaman ✈️ – Intan Maizura Othaman ✈️

“Ini tidak kelakar,jangan mempersendakan tragedi MH370. Anak lelaki saya, Muhammad sehingga ke hari ini masih menangis dengan kehilangan ayahnya.

“Adakah kamu tahu betapa ramai ibu-ibu di luar sana yang masih menangis sehingga hari ni? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai sifat empati dan hati.

“Atau kamu tidak punyai keluarga. Kalau kamu ada keluarga, saya percaya keluarga kamu akan berasa malu dengan tindakan bodoh kamu,” katanya.

Dalam nada sedih, Intan Maizura berkata, punyai hati dan perasaan dan tinggal di negara yang sedang membangun adalah jauh lebih baik daripada tinggal di negara yang dikatakan sebagai negara kelas pertama di dunia.

Wanita ini juga menggesa sesiapa sahaja agar berhenti untuk menormalisasikan segala perkara-perkara yang bodoh semata-mata untuk meraih perhatian.

Difahamkan, ketika tragedi berlaku pada 8 Mac 2014, Intan sedang mengandungkan anak bongsunya itu, Muhammad.

Misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai hingga hari ini, biarpun pelbagai teori mengenai kejadian awal pagi 8 Mac itu timbul, namun masih belum terbukti.

Sumber: TikTok Intan Maizura Othman

The post ‘Kamu tidak ada hati dan empati’ – Isteri krew MH370, Intan Maizura kecam Jocelyn Chia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar