-->

‘Kalau jangan nak main gila dengan aku!’ – Lelaki tunjal kepala pemandu wanita undang kecaman netizen

Sedang tular di media sosial video seorang lelaki tunjal kepala pemandu wanita yang didakwa memandu secara berbahaya, mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menurut sumber, kejadian berlaku di jalan turun Tapah dari Cameron Highland yang membabitkan pemilik kenderaan Proton Persona.

Dalam video berdurasi seminit itu, kedua-dua pihak terdahulu berhenti di tengah jalan dan kelihatan suspek berbaju merah keluar dari kenderaannya lalu menghampiri mangsa.

“Bawa elok-elok sikit. Kau nak main, kau main dengan nyawa orang bab*! Kalau aku sepak kau kat sini, dengan sebelah kau tu aku sepak nanti. Kau jangan nak main gila dengan aku!” kata suspek.

Mangsa kemudian menjelaskan, dia tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa. Malah dia memotong kenderaan suspek di garisan putus-putus, bukannya di garisan berkembar. Namun, suspek tidak berpuas hati lalu mengherdik dan menunjal kepala mangsa.

“Kau jangan nak menjawab aku! Kau main dengan nyawa orang kau tahu? Kau main dengan nyawa orang! Kau main dengan nyawa orang. Kau nak kenal tak aku siapa? Kau nak kenal tak?! Kau lagi nak tinggikan suara. Mana? Main potong-potong kepala bapak kau! Tak nampak ke depan corner? Kau nampak ni? Pecah muka kau nanti!

“Kau nak?! Kau nak?!” katanya kepada rakan mangsa yang sedang merakam video tanpa pengetahuan suspek.

Di media sosial, netizen menggesa mangsa membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh suspek jelas sekali melampaui batas dan membulinya.

“Harap adik ni buat laporan polis. Rakaman video dah ada. Lagipun lelaki botak ini ada kata, ‘kau tak kenal aku siapa?’ secara langsung dia telah membuat ugutan dan menyentuh mangsa,” kata netizen.

“Lain kali buka cermin sikit je sebab macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Molek-molek tangan dia masuk, terus tutup cermin biar tersepit tangan dia,” kata netizen lain.

Sumber video: Aizacd Zack

The post ‘Kalau jangan nak main gila dengan aku!’ – Lelaki tunjal kepala pemandu wanita undang kecaman netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar