-->

Remaja tengah ikat kasut dipeluk, diraba punggung, dicium pipinya oleh tukang cuci warga asing

Polis menahan seorang lelaki warga asing yang dituduh mencabul seorang remaja lelaki dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa kelmarin.

Menurut laporan itu, mangsa berusia 15 tahun mendakwa suspek datang mencabulnya semasa dia sedang mengikat tali kasut.

“Kejadian berlaku ketika remaja berkenaan sedang mengikat tali kasut semasa berada di dalam tandas pusat beli belah berkenaan.

“Secara tiba-tiba suspek memeluknya dari arah belakang dan meraba badan, selain memegang punggung dan mencium pipinya.

Mangsa segera keluar daripada tandas tetapi suspek masih mengikutinya. Takut dengan kejadian itu, mangsa terus berlari ke arah ibunya.

Tukang cuci berusia 37 tahun itu ditahan di tempat kerjanya selepas polis mendapat laporan daripada mangsa. Suspek kini direman sehingga Jumaat ini dan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 dan Akta Kesalahan-Kesalahan terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

The post Remaja tengah ikat kasut dipeluk, diraba punggung, dicium pipinya oleh tukang cuci warga asing appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar