-->

Inspektor Sheila dijangka hadapi 3 pertuduhan ugutan mengaibkan anggota bawahan & orang awam

Inspektor Sheila yang terbabit dalam beberapa video tular sebelum ini, telah hadir ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini untuk menghadapi tiga pertuduhan.

Sheila hadir dengan peguamnya, M Manoharan dan M Hariharan, sempat membalas ucapan selamat pagi kepada pihak media yang hadir untuk membuat liputan kesnya.

Menurut laporan Harian Metro, Sheila dijangka akan didakwa atas pertuduhan mengugut dan mengaibkan anggota bawahan serta orang awam. Pendakwaan juga akan dijalankan di dua mahkamah majistret berasingan.

Sheila dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sekiranya disabitkan bersalah atas tuduhan melakukan ugutan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Untuk kesalahan menghalang tugas penjawat awam pula, tertuduh boleh dipenjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

The post Inspektor Sheila dijangka hadapi 3 pertuduhan ugutan, mengaibkan anggota bawahan & orang awam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar