-->

27 tahun ayah aku berjuang akhirnya PM Anwar Ibrahim ambil tindakan Lelaki luah rasa syukur kampung musnah akibat projek mega bakal dapat pampasanRM1.7juta

’27 tahun ayah aku berjuang, akhirnya PM Anwar Ibrahim ambil tindakan’ – Lelaki luah rasa syukur, kampung musnah akibat projek mega, akhirnya dapat pampasan RM1.7 juta

Semenjak memegang tampuk pemerintahan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mengadakan pelbagai program untuk mendekatkan diri kepada rakyat.

Program Temu Anwar salah satu program yang dilihat sebagai satu pendekatan buat rakyat untuk menyalurkan pandangan, soalan dan kemusykilan.

Sabtu lalu, telah diadakan program Temu Anwar di USIM, Negeri Sembilan.

Dalam program tersebut, salah seorang penonton menarik perhatian ramai apabila meluahkan penghargaan kepada kepimpinan Madani yang telah menyelesaikan isu berkait tuntutan pampasan Bakun hidroelektrik di Sarawak.

“Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Madani kerana 27 tahun ayah saya berjuang untuk tuntutan pampasan hidroelektrik Bakun.

“Sekali lagi saya ingin berterima kasih kerana Datuk Seri mengambil berat tentang tuntutan pampasan kami dan sekarang kes ni sudah berada di MOF.

“Saya juga mewakili Uma Kelap memang berterima kasih kerana mengambil berat tentang nasib kami kerana suara kami kecil, tidak didengari langsung. Tapi sekarang kami bersyukur,” katanya.

Ucapan penghargaan oleh Ariff Peter itu disuarakan juga melalui hantaran di Twitter.

“27 tahun ayah aku berjuang menuntut pampasan bakun hidroelektrik yang menenggelamkan kampung kami. Akhirnya diambil tindakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

“Bayangkan berapa ramai orang kampung mati tak sempat dapat pampasan,” tulisnya.

Melalui hantaran tersebut juga disertakan bukti surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai isu tuntutan tersebut.

Sumber: Ariff Peter

The post ’27 tahun ayah aku berjuang, akhirnya PM Anwar Ibrahim ambil tindakan’ – Lelaki luah rasa syukur, kampung musnah akibat projek mega bakal dapat pampasan RM1.7 juta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar