-->

Cemburu bekas teman wanita bakal kahwin lelaki ini nekad bunuh dan rogol mayat mangsa

Seorang lelaki nekad membunuh bekas teman wanitanya kerana cemburu, malah tergamak menyetubuhi mayat mangsa sebelum dibuang ke sawah, dalam kejadian di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia.

Mayat mangsa tanpa seurat benang itu ditemui oleh seorang petani pada Jumaat, 23 Jun lalu, kira-kira jam 7 pagi. Saksi ketika itu terjumpa kesan-kesan yang mencurigakan di sawahnya dan menyangka ada kehadiran ular besar, sebelum menemui mayat mangsa yangs terbujur kaku.

Saksi segera melaporkan penemuan mayat mangsa kepada polis yang kemudian terus datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cilacap, Komisioner Guntar Arif Setyoko berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dibunuh berdasarkan penemuan kesan luka di badan mangsa.

Ketika ditemui, mangsa tidak berpakaian dan sebahagian badannya ditimbuni lumpur.

“Kalau dilihat dari kesan lukanya, kita percaya mangsa telah dibunuh. Ada kesan luka di bahagian kepala dan tanda-tanda penganiayaan,” katanya.

Menurut Guntar, berdasarkan semakan data, mangsa dikenali sebagai RLR, berusia 23 tahun, berasal dari Desa Menganti.

Kurang dari 24 jam, polis berjaya menahan suspek utama yang dikenali sebagai Ade Saputra, 24, yang merupakan bekas teman lelaki mangsa.

Suspek mengaku membunuh mangsa kerana cemburu apabila mengetahui mangsa telah bertunang dengan lelaki lain.

“Ini motifnya kerana cemburu sehingga suspek sanggup menganiaya mangsa sehingga mati. Kemudian suspek merogol mayat mangsa,” katanya.

Jelas Guntar, suspek berjaya dikesan berdasarkan penemuan beberapa barang bukti di lokasi kejadian dan hasil temu bual dari saksi kejadian.Polis kemudian menyerbu rumah suspek dan turut menemui telefon bimbit milik mangsa.

KRONOLOGI

Suspek mengaku telah menghubungi mangsa dan memintanya datang ke rumah untuk berbincang mengenai masalah mangsa dengan tunangnya.

Namun pertemuan itu berakhir dengan pertengkaran kerana suspek berasa kecewa dan cemburu. Disebabkan gagal mengawal emosi, suspek terus menganiaya mangsa dengan memukulnya di bahagian mata kiri sebanyak tiga kali sehingga membuatkan mangsa terjatuh.

Ketika itu, suspek mengambil peluang untuk memijak leher mangsa sehingga lemas. Suspek sempat memeriksa denyut nadi mangsa, namun mangsa sudah tidak bernyawa. Tidak terhenti di situ, suspek tergamak menyetubuhi mayat mangsa.

Disebabkan panik, suspek kemudian membawa mayat mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 2 pagi dengan cara ditarik dalam posisi terlentang, Jumaat lalu untuk dibuang di kawasan sawah yang jaraknya kira-kira 700 meter dari rumahnya.

Sampai di kawasan persawahan, suspek menimbun mayat mangsa dengan tanah sawah dan meninggalkannya begitu sahaja.

Disebabkan perbuatan jenayahnya itu, suspek kini berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: Tribun News

The post Cemburu bekas teman wanita bakal kahwin, lelaki ini nekad bunuh dan rogol mayat mangsa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar