-->

Mereka teringin makan aiskrim ayam goreng Bapa tak sangka hilang 3 anaknya serentak dalam kemalangan

Sabtu lalu, tiga beradik dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Nissan Serena di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir, Kampung Langgar, Pekan pada jam 12.30 tengah hari.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, Nik Nur Faqihah, 11, dan Nik Ikram Nuqman, 5.

Siasatan polis mendapati, motosikal yang ditunggang oleh Nik Ikram Idwan dipercayai terbabas. Lalu termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Nissan Serena yang dalam perjalanan ke Kuantan.

Menurut bapa mangsa, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, berkata, dua anaknya iaitu Nik Nur Faqihah dan Nik Ikram Nuqman sebelum itu ada memberitahu yang mereka teringin makan aiskrim.

“Jadi mereka minta izin daripada isteri saya untuk keluar bersama abang, Nik Ikram Idwan. Tak sangka itu permintaan terakhir sebelum saya kehilangan tiga anak serentak,” katanya.

Nik Nur Faqihah sebelum itu juga teringin makan ayam goreng. Semasa tiga beradik itu keluar, ibu mereka, Nur Baizura Mustaffa, 34, sedang menyediakan lauk ayam goreng.

Kali terakhir Nik Mohd Khairul bertemu dengan anaknya, Nik Ikram Nuqman adalah pada pagi sehari sebelum kejadian semasa dia bersiap untuk pergi ke tempat kerja di Kuantan, di mana arwah terjaga daripada tidur pada jam 5 pagi.

“Saya seolah tidak percaya apabila isteri menghubungi memberitahu tiga anak kami maut dalam kemalangan. Namun apabila melihat gambar mereka, hati saya begitu sayu.

“Terlalu berat untuk menerima takdir ini namun saya reda. Ini ujian berat perlu saya dan isteri terima. Dalam sekelip mata tiga daripada lima anak saya meninggalkan kami tanpa disangka. Terlalu berat ujian yang terpaksa saya dan isteri terima,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Mereka teringin makan aiskrim, ayam goreng’ – Bapa tak sangka hilang 3 anaknya serentak dalam kemalangan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar