-->

‘Duyung makan anak’ – Ibu kandung lakukan amang seksual terhadap 2 anaknya, dihisap & dipaksa masukkan kemaluan..

9 Mei lalu, seorang wanita berusia 33 tahun ditahan polis kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya. Kejadian itu membabitkan kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun itu berlaku di kediamannya, Puncak Alam, tahun lalu.

Suri rumah, Norizan Ahmad, berdepan dengan hukuman penjara 105 tahun dan enam sebatan terhadap empat pertuduhan. Kesalahan itu termasuk membuat rakaman video pornografi kanak-kanak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 12 tahun dengan menghisap kemaluannya bagi tujuan seksual.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh juga melakukan perbuatan yang sama terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun dengan menghisap kemaluannya bagi tujuan seksual.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Norizan Ahmad menyuruh anaknya yang berusia 14 tahun itu memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan tertuduh sehingga menyebabkan kanak-kanak itu melakukannya.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di kediaman tertuduh di Johan Court, Alam Perdana, Puncak Alam, Kuala Selangor, jam 8 malam, November 2022.

Pertuduhan keempat, tertuduh mengarahkan perbuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Taman Sri Pristina, Sungai Buloh pada jam 2 pagi, antara 17 hingga 18 Februari 2022.

Bagaimanapun, Norizan Ahmad mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan tersebut. Mahkamah pula tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah kesalahan serius. 26 Jun ditetapkan tarikh sebutan semula kes.

Semasa kejadian itu berlaku, suami tertuduh sedang menjalani hukuman penjara. Tertuduh ditahan selepas pihak polis mendapat laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM mendakwa pihaknya menerima maklumat mengenai perbuatan Norizan Ahmad menerusi sebuah video yang diperolehi daripada individu yang tidak dikenali.

Sumber: Twitter, Malaysia Gazette, Harian Metro

LihatTutupKomentar