-->

‘Bini dah kantoi main dengan 4 jantan, kau tunggu kifarah kau’ – Adik tertuduh dedah perbuatan kakak iparnya

Semalam media melaporkan seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh (Melaka) atas pertuduhan mengugut bunuh dan sengaja mencederakan isterinya hanya kerana mangsa enggan menerima pelawaannya untuk melakukan hubungan intim.

Tertuduh, Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut. Tertuduh didakwa menghantuk kepalanya pada hidung mangsa, 33, sehingga mengalami kecederaan parah pada 10 pagi, 12 Februari 2023.

Penyiaran berita itu mengundang adik kepada tertuduh tampil mendedahkan kakak iparnya bukanlah seperti yang disangkakan oleh netizen. Menerusi komen di Facebook, dia mendakwa abangnya ada sebab berbuat demikian.

“Aib kau, kau tutup rapat. Tak apa, kau tunggu kifarah. Allah SWT tu ada. Lambat dengan cepat je Allah akan bayar. Hebat permainan manusia sekarang.

“Bini dah kantoi main dengan empat jantan, kalau tak, takkan abang aku nak hantuk kepala di hidung dia? Jantan-jantan tu semua dah jumpa. Tunggu dan lihat kifarah yang akan sampai wahai isteri.

“Tak cukup satu batang, sampai batang 4 main. Hahaha! Tak apa, kau tunggu je Nur,” katanya.

Mahkamah semalam membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan.

Hakim menetapkan 10 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Bini dah kantoi main dengan 4 jantan, kau tunggu kifarah kau’ – Adik tertuduh dedah perbuatan kakak iparnya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar