-->

‘Dia paksa saya gugurkan kandungan sebab tak nak parents dia tau’ – Wanita dakwa dihamilkan oleh artis Malaysia

Satu pendedahan telah dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok yang mendakwa telah dihamilkan oleh seorang artis lelaki yang kemudian meminta dia gugurkan kandungan itu.

Bukan itu sahaja, mangsa yang mengakui dirinya bukan warganegara Malaysia turut mendakwa keluarga artis berkenaan tidak mahu bertanggungjawab dan meminta mangsa tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan maruah mereka sekeluarga.

Lebih teruk lagi, mereka menyalahkan mangsa di atas apa yang telah berlaku dan dalam masa yang sama, artis terbabit telah melarikan diri dipercayai mahu tanpa mempeduli sedikit pun nasib yang menimpa mangsa.

Wanita ini turut menceritakan di sebalik perkenalannya dengan artis itu. Malah dia juga mengatakan artis tersebut sering berlaku curang dan pernah membuntingkan wanita lain.

“Ada seorang artis Malaysia ni approached saya dan kita mula berkenalan dah selepas 2 minggu, kami berjumpa. He cheated on his girlfriend with me, he slept around, even buat anak orang pregnant.

“Since nobody knows, now I will let the cat out of the bag. The Fact that his parents know but they choose to ignore me dan tak nak bertanggungjawab. Malah suruh saya move on. Saya akan expose semua perbuatan anaknya,” tulisnya.

@shrimpippy8621p

Replying to @meow my mom reached out to his parents but the mom replied after 3 days? Thats was After i posted on social media coz i cant stand how his family treated us. If yall wanna say posting on social media doesnt work, prolly the mom wont even reply to my mom, but because this video reached out to her and her precious son, mak dia datang cakap nicely to my mom but again, its not all abt “cakap baik2” that i want? coz that wont solve anything. He should be responsible as he gave me the abortion pills and i was FORCED to abort coz he said he wont be responsible upon it. Lagi2 dia tuduh aku taknak buat DNA and shit and dragged his GF name along? If this isnt manipulative then what is? Yall read the previous msgs and see how many times i MENTIONED abt DNA if dia taknak mengaku anak dia. AFTER I ABORTED, THEN HE USED THAT AGAINST ME ACCUSING THAT AKU TAKNAK BUAT DNA AND SHIT. SO HOW IS THIS FAIR FOR ME TO JUST FORGIVE FORGET AND MOVE ON? #fyp #fypmalaysia #artistakbertanggungjawab #artismalaysiamanipulative #artisjahat #perangaibusuk #masukberandafyp

♬ Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja – Judika

Berdasarkan perkongsian di TikToknya, ibu kepada wanita ini juga telah menghubungi keluarga artis berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan itu. Malangnya usaha mereka itu, juga tidak dipedulikan.

“Keluarga artis tu bukanlah orang biasa, tetapi dari orang yang berada dan ternama,” katanya.

Wanita ini meminta sesiapa yang dapat membantunya untuk mendapatkan keadilan.

“Apa yang boleh saya lakukan? I would have to travel to Malaysia just lodge a report and what’s next when his family are so well off,” katanya.

Melalui ruangan komen, rata-rata netizen meminta wanita ini mendedahkan siapa sebenar identiti artis berkenaan yang tergamak memaksanya gugurkan kandungan, agar pelakunya boleh bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

Sumber: TikTok HatiBushuk

The post ‘Dia paksa saya gugurkan kandungan sebab tak nak parents dia tau’ – Wanita dakwa dihamilkan oleh artis Malaysia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar